Rabu, 25 Julai 2012

7 tanda Awek Tak boleh dibuat bini

haha..7 tanda Awek korang Tak boleh dibuat bini


Kalau korang dah berawek dan merancang untuk berkahwin,tapi korang masih buntu memirkirkan yang awek korang tu boleh tak dijadikan isteri.Dont be so khuatir….kat bawah ni dah disenaraikan siap-siap ciri-ciri awek yang masih belum sesuai dibuat bini.

1) Belum apa-apa suara dia dah tahap cikgu kawad kaki sekolah menegah.Pantang korang lambat sikit mulalah dia menjerit-jerit.Kalau dapat jenis ni,baik korang kawan dengan singa je la.


2) Bila awek korang tak reti beza antara ikan kembung dengan bunga keembung.Tu belum cerita bab masakan lain.Nampak gayanya kalau korang kawin makan kedai je la.


3) Bila dia tak tau siang dengan malam.Ataupun dia tak reti tengok jam.Pukul 8 pagi korang kol tak bangun lagi.Pukul 12 pun tak bangun lagi.Paling awal pun dia bangun pukul 3 petang.Baik korang pikir 4 kali nak kawin ke tak.

4) Bila sesekali korang cek handphone dia,banyak yang nama Ahmad dari nama Siti.Lepas tu kejap-kejap talipon dia berbunyik-bunyik.Cakap pulak jauh dari korang.Err…tak paham lagi ka?


5) Awek korang suka sangat pengsan dekat shopping complex.Pandai pilih pulak tu.Pengsan depan kedai yang mahal-mahal je.Tak paham? Pengsan tu ayat kiasan.Ayat yang betul kaki mengabihkan duit korang.


6) Bila dia boleh berlakon dengan hebat.Bila korang ajak deting, 1001 alasan dia bagi.Tapi lepas kantoi dengan korang dia keluar dengan orang lain.Tengok la lepas tu,mulalah dia buat filem sedih depan korang.


7) Asal salah sikit mintak putus,salah sikit suruh “clash”,esok dah kawin korang stanby kat pejabat kadi je la…Bahagian cerai dan rujuk.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan