Jumaat, 28 Oktober 2011

RAHSIA TULISAN TANGAN



KECONDONGAN TULISAN

TEGAK
Sekiranya tulisannya itu tegak saja bermakna dia seorang yang rajin, bertanggungjawab, pandai bergaul dengan orang lain dan sikapnya amat menyenangkan. Dia juga mampu membuat keputusan dengan wajar dan tepat.

CONDONG KE KANAN
Orangnya bersikap terbuka sama ada dalam pergaulan biasa atau hubungan
cinta. Namun dia ini juga sentiasa memerlukan bantuan dan tunjuk ajar daripada orang lain dalam apa juga yang dilakukannya. Dalam erti kata lain, mereka ini kurang yakin dengan tindakan yang diambil dan memerlukan pendapat dan pandangan orang lain untuk menyakinkan diri mereka sendiri. Mereka juga mudah ditimpa perasaan cepat bosan jadi sebab itu cukup pantang kalau mereka kena tunggu lama!


• CONDONG KE KIRI
Wah! Rupanya dia ini seorang yang sensitif walaupun mungkin dari segi luaran nampak dia ini seolah-olah tak kisah sangat. Selain itu, dia juga seorang yang amat berhati-hati dalam apa juga yang dilakukannya kerana dia tidak mahu timbulnya sebarang penyesalan di kemudian hari nanti. Walau bagaimanapun jangan tak tahu, mereka ini seorang yang cukup setia kepada orang yang dicintainya! Cayalah!

BENTUK TULISAN

LEBAR
Ia menandakan bahawa dia seorang yang aktif dan suka melibatkan diri dalam pelbagai persatuan dan pertubuhan. Selain itu dia juga gemar mengembara sambil bercuti. Tapi nampaknya dia ini kurang bijak dalam menjaga hati teman-teman.

TULISAN KURUS
Ternyata dia akan melakukan perkara-perkara yang hanya digemarinya saja.

• TULISAN BERSEGI EMPAT
Otak matematik rupanya dia ni.
• TULISAN BULAT
Ini menandakan dia seorang yang suka bergaul dan penyayang.

BERSAMBUNG
Pemikirannya berdasarkan logik.

BERCERAI CERAI
Segala tindakannya lebih cenderung mengikut gerak hatinya saja!

JARAK TULISAN

TULISAN JAUH
Sekiranya dia mempunyai jarak antara tulisan agak jauh, bermakna dia
sukar didekati dan tak suka orang lain terlalu rapat dengan dirinya. Bukan
apa, jika dia mungkin akan bersikap mengongkong atau bergantung pada
orang-orang yang rapat dengan dirinya itu.


TULISAN RAPAT
Memang mudah untuk berdampingan dengan dia ini kerana dia juga berfikiran terbuka.


RUANGAN DI TEPI
Perhatikan ruang yang ditinggalkan pada muka surat itu. Sekiranya:
RUANG KIRI KANANNYA SAMA
Jarak ruang di kiri dan kanan muka surat itu adalah sama besarnya, bermakna
dia seorang yang berfikiran optimistik.


RUANG MUKA SURAT SEBELAH KIRI KECIL
Itu menandakan dia seorang yang amat sensitif sebenarnya!

RUANG MUKA SURAT KANAN KECIL
Sememangnya dia seorang yang rajin namun sukar membuat pertimbangan
yang sewajarnya.


PENUH SATU MUKA SURAT
Ternyata dia seorang yang amat tegas dan mempunyai banyak idea bernas
yang boleh dikongsi bersamanya.

Khamis, 27 Oktober 2011

Ciri-Ciri seseorang itu ketagihan "facebook"

 1. Tidak dapat berenggang dengan internet
 2. Terus mencapai facebook sebaik saja bangun dari tidur, sampai di pejabat atau sampai di rumah. 
 3. Sentiasa terbayang apa yang ada dalam facebook semasa offline,  
 4. Sentiasa terbayang untuk menulis sesuatu dalam facebook semasa offline  
 5. Lebih selesa melayari facebook daripada keluar rumah atau menonton  tv 
 6. Masa dihabiskan lebih setengah jam setiap kali melayari facebook.
 7. Melayari facebook lebih 2 kali sehari sekadar berbual kosong.
 8. Facebook dijadikan tempat meluahkan perasaan.
 9. Sentiasa mengharapkan ramai orang memberi komen.
10.Rasa gelisah yang amat sangat apabila berada lama di tempat yang tiada internet.
11.Berbagai medium untuk ber'FB Mobile,Web, Via SMS , Wifi , Broadband , di Office, di rumah.

 Elok la tu daripada korang ketagih dadah, ketagih bawak motor, laju², ketagih 
 merokok dan sebagainya yang tak elok.

agak2 korang sume ade x yg mcm ny..

HUKUM MENYEBUT OMG !!!!!


Maka dengan ini...remaja haruslah sedar dan jangan sesekali menyebut omg lagi...
jangan mudah terpengaruh yer...

MENJADI TUNANG ORANG TANPA KITA SEDARI !!!!!




Jika seorang lelaki menyatakan hasrat kepada seorang perempuan untuk dijadikan isteri dan wanita itu bersetuju, adakah ia dikira bertunang walaupun ibu bapa perempuan itu  belum tahu atau tidak kenal pihak lelaki?JawapanMakna pinang dari segi syarak adalah pihak lelaki menyatakan hasrat berkahwin kepada pihak perempuan. Apabila pihak perempuan berkata setuju, maka perempuan itu sudah dikira menjadi tunang kepada lelaki tersebut.

Contohnya apabila seorang lelaki berkata kepada seorang perempuan, "Aku ingin jadikan kamu sebagai isteriku."

"Kahwin la dengan kita bila-bila," jawab perempuan tersebut.

Maka dari segi hukum syarak, tatkala pihak perempuan itu bersetuju, dia telah menjadi tunang kepada lelaki tersebut; walaupun ia disebut dalam telefon.

Jadi, haram bagi lelaki lain untuk masuk meminang jika hal itu diketahui. Namun jika pihak lelaki lain yang ingin masuk meminang itu tidak tahu, maka ia tidak haram.

Bagaimana dengan kebiasaan orang Melayu yang menghantar rombongan meminang untuk lelaki meminang perempuan?

Ia hanyalah adat Melayu, dan tiada kena mengena dengan hukum Islam. Antara hukum Islam dan hukum adat, mana satu lebih penting?

Namun tiada masalah dengan adat Melayu itu, cuma dari segi hukum Islam, bertunang itu adalah apabila seorang perempuan itu bersetuju dengan hasrat pihak lelaki untuk menjadikannya seorang isteri.

Bagaimana Jika Perempuan Itu Ketiadaan Ibu Dan Ayah?

Mengikut hukum syarak, jika perempuan itu persetujuannya sudah diizinkan oleh syarak seperti perempuan yang cerdik, yang sudah baligh dan sebagainya, ia sudah dianggap bertunang jika dia bersetuju dengan pelawaan lelaki yang menyatakan hasrat mengahwininya.

Apabila perempuan itu persetujuannya tidak menepati hukum syarak seperti belum baligh, gila dan lain-lain, maka wali diperlukan untuk menjawab 'pinangan' tersebut.

Kesimpulannya, kita perlu berhati-hati kerana kita boleh menjadi tunang orang tanpa kita sedar. Pastinya ramai yang tidak tahu dan perasan akan hakikat ini.